Monday, February 1, 2010

Sejarah Kumpulan Kristal

Kumpulan Kristal ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody (gitar utama), En Baharuddin, yang mula-mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie yang kemudiannya melihat sendiri Kristal membuat persembahan.


Pada tahun 1999, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah'. Album ini berjaya mempopularkan Kristal menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'. Pada tahun 2002, Kristal sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang'.


Setelah muncul dengan album 'Semut & Lebah' serta 'Pak Belalang',Kristal muncul semula dengan organisma yang lebih berbahaya iaitu VIRUS!!! Album N.T Virus ini mula berada dipasaran pada bulan April 2004 yang lepas. Terdapat 10 lagu dimuatkan dalam album ini termasuk 'Keindahan Pantai' yang pernah dipopularkan oleh arwah M. Shariff & The Zurah.


'N.T Virus' yang dijadikan tajuk album merupakan metafora bagi menggambarkan pendirian Kristal yang menentang segala pengaruh buruk & merosakkan dalam bidang seni & kehidupan. Sebuah lagu berjudul 'N.T Virus' ciptaan Joe Wings turut dimuatkan dalam album N.T Virus ini.


Pada tahun 2006, Kristal telah mengeluarkan sebuah lagi album baru yang bertajuk 'Analogi'. Album ini memuatkan 10 buah lagu termasuk 1 lagu lama, 'Zunika' (dipopularkan oleh A. Romzi) yang diberi nafas baru.


Line up asal Kristal terdiri daripada Razlan (penyanyi), Rody (gitar utama), Izal (bass), Bob (gitar kedua) dan Ainul (drum). Namun disebabkan Ainul dan Bob ada komitmen lain maka tempat Ainul digantikan oleh Joe (dram). Tetapi disebabkan Joe pula ada komitmen yang lain, maka Kristal sekali lagi kehilangan pemain dram yang kemudiannya digantikan oleh Acap (adik kepada Rody).

2 comments:

  1. merit casino login【Malaysia】
    【VIP】empire 인카지노 casino 1xbet korean login【VIP】⚡【WG98.VIP】⚡【Malaysia】⭐️. 메리트 카지노 쿠폰

    ReplyDelete
  2. How To Make Money On Sports Betting
    Online sports หาเงินออนไลน์ betting herzamanindir.com/ is available for a whole host of US and European sports betting markets. Some US worrione.com states, like Louisiana and 토토 New Jersey, allow

    ReplyDelete